Sunday, October 25, 2009

adab minum~

February 2, 2007 at 3:01 am (tazkirah)

Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmuyang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya akutetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikanmeresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya akubertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu).(Surah Al-Ahqaaf, Ayat: 15).
Rasullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan airsejuk.amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW jugasuka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi.

Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:1. Menghilangkan balqham (kahak/lendir)2. Mencuci perut3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal didalam perut yang tidakdicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati. Rasullah SAW sukaminum air yang telah disimpan semalaman didalam suatu bekas
Minuman Manis dan SejukAisyah (ranha) meriwayatkan bahawa: ” Diantara banyak-banyak jenisminuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk”
Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuranmadu atau nabiz (rendaman buah tamar).

Didalam suatu doa Rasullah ada menyebut ” Ya Allah kurniakanlah akudengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta,anakdan cintaku kepada air sejuk”
Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyaikhasiat yang lebih besar.Adapun minuman jika terkumpul didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untukpenjagaan kesihatan tubuh badan Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanaan yang masuk kedalam tubuh lalumenyalurkannya keseluruh anggota badan.

Ringkasan adab minum:

1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan
2. Bacalah ” Bismillah”
3. Minum dengan tiga nafas
4. Minum dalam keadaan duduk
5. Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkanpernafasan ketempat lain.
6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalahAlhamdullilah
7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambilberdiri
8. Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain Hadismenyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang Islam adalah ubatuntuk penyakit
9. Jangan terus minum selapas dari melakukan persetubuhan ataupunsetelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat.

0 comments: